Gotong Royong 2010

Dengan sukacita kami menjemput jiran-jiran sekalian untuk bersama-sama kami di dalam program gotong-royong tahun 2010. Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah untuk merapatkan hubungan kejiranan antara penduduk-penduduk di Lavender Heights dan membersihkan kawasan taman kita agar ianya bebas dari ancaman seperti nyamuk denggi. Melalui program ini juga, kami ingin memastikan keadaan sekeliling selamat dari ancaman penceroboh melalui pembaikan pagar-pagar yang rosak, menghapuskan mana-mana belukar yang boleh digunakan sebagai tempat menyorok dan menutup mana-mana jalan-jalan tikus yang menjadi laluan keluar-masuk ke dalam taman ini.

Sukacita juga kami memaklumkan bahawa majlis penutupan program ini akan dilaksanakan oleh YB En Khari Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau. Selain daripada itu, kami juga turut menjemput badan-badan berkaitan untuk turut bersama membantu penduduk di dalam menjayakan gotong royong pada tahun ini.

Tempat berkumpul ialah di perkarangan Surau Ibnu Khaldun pada jam 8.00 pagi. Dijangkakan program akan berakhir pada jam 12tgh. Makanan dan minuman disediakan untuk para peserta. Namun kami juga menggalakkan sumbangan juadah dari para penduduk sekalian.

Para peserta disarankan untuk membawa peralatan masing-masing. Penglibatan anda di dalam program ini amat kami hargai.

0 komen:

Post a Comment