Gotong-royong 2010 : 21 Feb 2010


Gotong-royong 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Februari 2010. Program yang telah menyaksikan lebih dari 200 orang penduduk pelbagai kaum telah dirasmikan oleh ADUN Chembong YB Zhaiful Bhari Bin Idris. Beliau telah mewakili YB Ahli Parlimen Rembau, YB Khairi Jamaluddin yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di Sabah.

Program telah dimulakan dengan sarapan pagi dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi Program Gotong-Royong 2010, yang juga Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 3, Haji Mohamed bin Mohd Seffrif@Shariff. Ianya kemudian diteruskan dengan ucapan dari YB Chembong dan taklimat dari penyelaras-penyelaras dari Fasa 1 dan 3.









Program ini turut disertai oleh MPS, Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak Bomba. Pihak MPS telah menyediakan pekerja untuk membantu memotong lalang-lalang di sekitar taman yang sepatutnya diselenggarakan oleh pihak pemaju. Jabatan Kesihatan Negeri pula telah hadir untuk memberi nasihat mengenai penjagaan persekitaran serta mengedarkan racun jentik-jentik kepada para peserta. Pihak Bomba dari Balai Senawang juga hadir dengan diketuai oleh Tuan Yusof beserta empat anggota beliau.

Setelah diberikan taklimat ringkas, para peserta telah bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Gotong-royong ini telah diberikan fokus khas iaitu di kawasan semak yang mempunyai lorong-lorong tikus, tempat pembiakan nyamuk atau haiwan berbisa dan pokok-pokok yang menghalang pemandangan/merosakkan infrastruktur sekeliling dll. Pembaikan pagar juga dilaksanakan di kawasan-kawasan kritikal di Fasa 3.
Murugan hadir bersama 6 tentera beliau
Gerak cepat...!
Hanif the banker dengan wajah serius
Pak Yusof posing nangis punya
Doktor pun hadir
Kering kontang
"RPK" pun hadir gak

Kehadiran MPS telah membantu untuk memastikan pokok-pokok yang telah dipotong dibawa ke tapak pelupusan melalui lori-lori yang mereka sediakan. Pihak bomba pula membantu mengawal pembakaran lalang-lalang yang telah dipotong. Walaupun pembakaran bukanlah cara yang kami pilih dalam mengekalkan keadaan ekologi sekeliling, namun kami sudah menjangkakan bahawa ianya mungkin berlaku. Kehadiran pihak bomba di atas jemputan kami memudahkan tugas kami dalam mengawal keadaan dan memastikan tiada kerosakan harta benda sewaktu aktiviti tersebut.
Ni sapa punya kerja .... ish ish ish
Aku rasa aku boleh agak angkara durjana siapa ni ...


Yang pastinya, program ini berjaya merapatkan talian silatulrahim antara penduduk. Ianya juga berjaya mencapai matlamat program dan kami mengharapkan bahawa aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan setiap tahun. Kami juga mengharapkan agar lebih banyak penglibatan ahli keluarga di dalam program ini yang akan datang.







Banyak lagi gambar-gambar program ini yang boleh anda dapati di sini

Dan untuk meneruskan usaha merapatkan penduduk di Lavender Heights ini, KRT sedang menyusun program-program seterusnya. Dua program yang akan mengunjung tidak lama lagi ialah program memancing di kelong dan Jogathon LH 2010. Tunggu pengumuman nya.

Kepada semua penduduk yang terlibat secara langsung maupun tidak di dalam program gotong-Royong 2010, kami dari KRT Lavender Heights mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas peranan anda.

2 komen:

Nomie & Spice said...

smuga Allah swt mberikan rahmatNya ke atas mrk yg trlibat di dlm usaha murni ini. Mgkin pd progrm yg akan dtn insy saya skluarga dpt menjayakan brsama insy.

Anonymous said...

Aaaa jogathon ni seronok...
Umum la copek bilo tarikh jogathon ni. Ese lamo dah tak besenam. Kono practice dulu sikit. Kalau bole buek ketegori by family grouping. Contoh Hubby + wife. Kalau satu kedopan satu tinggal belakang.. kiro tak monang.. Anak2 pun buleh nak join nih..

Post a Comment