Jogathon 2010



"SAPO NAK MASUK... LARI - SAPO NAK LARI... MASUK!!!"

Untuk julung kalinya, satu Jogathon akan diadakan di Lavender Heights sebagai salah satu lagi aktiviti untuk merapatkan hubungan silatul-rahim antara penduduk. Jogathon yang terbuka untuk semua penduduk ini akan dilaksanakan pada hari Ahad 25hb April 2010. Lokasi permulaan pertandingan ialah di padang Jalan LH 24. Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut:

Kategori

1. Kategori Retro 4.25KM (40 tahun ke atas), Yuran penyertaan RM 10 seorang
2. Kategori Dewasa 4.25KM (13 - 39 tahun), Yuran penyertaan Rm 10 seorang
3. Kategori Kanak-kanak 2.75KM (12 tahun dan ke bawah , Yuran penyertaan RM 5 seorang

Aturcara
0715 - 0745 : Pendaftaran peserta
0800 : Jogathon bermula
1130 : Penyampaian hadiah

Syarat-syarat
1. Jogathon ini terbuka untuk penduduk di Lavender Heights sahaja
2. Keputusan pengadil adalah muktamad
3. Peserta hendaklah mengikut laluan yang telah ditetapkan
4. Penyertaan adalah terbatal secara otomatik apabila terdapat sebarang penipuan (contoh - had umur, jalan pintas, menaiki kenderaan dll)

Untuk menganjurkan Jogathon 2010 ini, pihak KRT telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya seperti:

1. Menyediakan trek yang sesuai untuk semua peringkat umur
2. Menyediakan perkhidmatan perubatan sekiranya berlaku sebarang kecederaan
3. Menyediakan tanda-arah untuk memastikan peserta mengikut laluan yang telah ditetapkan
4. Bekerjasama dengan pihak berwajib untuk memastikan semua langkah-langkah keselamatan/perundangan dipatuhi
5. Menyediakan dua kenderaan khas untuk membantu peserta sekiranya berlaku kecemasan

Hadiah-hadiah menarik kami sediakan untuk para pemenang untuk semua kategori. Malahan kami juga menyediakan hadiah-hadiah surprise untuk para peserta bertuah (walaupun tak menang....???). err.... kalau pakaian paling unik pun agaknya dapat hadiah jugak kot hehehe... (Ada orang tanya ... TV LCD ke? Kita tunggu dapat sponsor dulu)

Kami memohon kerjasama penduduk untuk memastikan bahawa anda berada di dalam keadaan kesihatan yang memuaskan untuk menyertai Jogathon ini. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan tetapi masih ingin turut serta, anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab atau melayan sebarang tuntutan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini semasa acara dijalankan.

Pihak KRT juga akan menyediakan refreshment untuk para peserta. Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan sumbangan-sumbangan dari pihak-pihak tertentu dan persendirian untuk memeriahkan lagi penganjuran acara ini. Sekiranya anda ingin menyumbang, sila hubungi pihak kami bila-bila masa. Malahan kami turut mengalu-ngalukan sebarang sumbangan juadah (pot-luck) dari para penduduk untuk sama-sama memeriahkan acara ini. Karipap boleh... nasi lemak pun boleh ... sandwich pun boleh ... kuaci pun kami terima dengan mulut yang terbuka :)

Bagi yang ingin berniaga pula, pihak KRT alu-alukan. Namun kali ini kami hanya menyediakan tapak secara percuma (tanpa sebarang kemudahan lain seperti khemah/elektrik dll). Untuk mendapatkan tapak, sila hubungi Sdr Ghazi Marshall di nombor 0123991723 selaku Ketua Pengelola Jogathon 2010. Siapa cepat dia dapat....

Segala penglibatan dan sumbangan anda, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jangan lupa hadir pada 25 April ini. Datang beramai-ramai dan sertai jiran-jiran anda di dalam Jogathon 2010!!!!!

0 komen:

Post a Comment