Program 2010

Tahun 2010 telah membawa pelbagai perkembangan terbaru di dalam KRT Lavender Heights.

1. Rombakan AJK 2010 telah dilaksanakan untuk kedua-dua KRT Fasa 1 dan 3 baru-baru ini. Kami akan menerbitkan satu blog khas untuk memperkenalkan kesemua AJK kedua-dua KRT tidak lama lagi. Sekiranya anda berminat untuk menjadi AJK KRT, anda bolehlah menghubungi kami untuk mendaftarkan diri.

2. KRT Lavender sedang menyusun beberapa program menarik yang kami harap dapat dilaksanakan tahun ini. Antara rancangan-rancangan tersebut adalah:

a. Program menderma barangan sekolah terpakai
b. Program gotong-royong perdana (dijadualkan pada 21 Februari 2010)
c. Ekspedisi memancing di kelong
d. Ekspedisi pacuan 4 roda
e. Hari keluarga
f. Membuka gelanggang persilatan silat gayong

Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan membina gelanggang multi-sport untuk penduduk-penduduk Lavender Heights. Untuk kaum wanita, kami merancang untuk menubuhkan program berunsurkan sukan/riadah seperti tai-ci atau poco-poco yang diharapkan dapat membantu kaum hawa untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.

3. Dari segi keselamatan pula, perlu kami maklumkan situasi sekarang supaya tidak ada salah faham yang akan timbul antara penduduk dan mana-mana pihak. Untuk makluman semua, tahun lalu pihak KRT telah berusaha bersama-sama PPLH untuk menuntut hak penduduk daripada pihak pemaju iaitu Senawang Mewah/Bolton sebelum kami mengambil-alih sepenuhnya kawalan keselamatan di kawasan kita ini.

Menurut pihak pemaju mereka hanya akan mula membina rumah kelab (club house) setelah mereka berjaya menjual 1000 buah rumah di Fasa 1 dan Fasa 3 (tidak termasuk Laman Villa). Namun setelah menjual lebih dari jumlah yang dinyatakan, pihak pemaju masih tidak memulakan pembinaan, malah mereka menafikan bahawa mereka pernah berjanji untuk membina rumah kelab untuk penduduk Lavender Heights. Ini adalah satu penipuan yang tidak boleh kami terima. Janji-janji lain yang lebih mudah seperti membetulkan jam di bulatan utama, membaiki pagar lusuh, memastikan rumput di tanah milik mereka dijaga juga tidak ditunaikan.

Pihak pemaju juga gagal menghadiri apa-apa program yang dianjurkan seperti gotong-royong dan hari keluarga kerana kami yakin mereka tidak mahu berhadapan dengan penduduk-penduduk. Sikap tidak bertanggunjawab pihak pemaju serta perbuatan lepas-tangan mereka amat dikesali.

Pihak KRT kedua-dua fasa akan bertemu dengan pihak pemaju untuk membuka dialog semula dan sekiranya ini tidak membawa apa-apa hasil, pihak kami akan membawa perkara ini kepada peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pandangan atau ingin membantu terutamanya dari segi perundangan, kami amat mengalu-alukan penglibatan anda. Yang pentingnya, hak penduduk terjaga.

4. Program menderma barangan terpakai telah terlaksana dengan jayanya pada 16 dan 17 hb Januari. Pelbagai barangan terpakai telah kami terima. Malahan kami menerima banyak juga pakaian-pakaian baru dan terpakai sumbangan penduduk-penduduk yang prihatin. Kami amat gembira kerana program seperti ini mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa maupun darjat.

Pihak kami sedang merancang untuk menyerahkan semua barangan yang telah kami terima melalui satu majlis yang akan diumumkan kelak. Untuk semua para penyumbang, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan anda yang amat bernilai itu.

Pakaian sekolah
Orang kuat program ini Hj Fadzilan
Macam-macam ada
Buku-buku ilmiah untuk mereka yang kurang bernasib baik
AJK berganding tenaga melipat baju
Teddy bear hadiah dari penduduk
Kasut-kasut sekolah dan sukan

Teima kasih pada semua. Semoga program seperti ini akan sentiasa disokong oleh anda semua.

1 komen:

al-lavendari said...

Tahniah. Semoga semua program yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Post a Comment