Bumper Issue - Sept 09 - Nov 09



Pasukan kompang Lavender Heights telah pun beroperasi kini. Beberapa majlis persandingan telah pun mereka serikan sepanjang penubuhan mereka yang antaranya adalah persandingan anak kepada Hj Ali Osman (LH 23) dan satu lagi ialah persandingan anak kepada Mejar Othman (LH 24).

Sokongan saudara-saudari sekalian di dalam menentukan usaha untuk memperkasakan remaja-remaja di Lavender Heights ini tidak terhenti amat kami alu-alukan. Oleh itu sekiranya anda memerlukan khidmat pemain kompang, sila hubungi saudara Zahir (pengurus pasukan kompang) di nombor 0122886359 atau mana-mana AJK RT berdekatan.



Sebagaimana yang telah dipertontonkan kepada penduduk-penduduk, pihak kami merancang untuk mengadakan Pendidikan Seni Silat di Lavender Heights ini. Oleh kerana perkara ini masih di tahap perancangan, maklumat lanjut akan kami sampaikan apabila semua urusan lain telah dapat kami selesaikan termasuklah penyediaan gelanggang yang sesuai. Sementara itu, anda boleh berhubung dengan mana-mana AJK atau terus berhubung melalui blog ini untuk maklumat lanjut atau pandangan yang bernas.



6 kejadian percubaan pecah rumah dan 2 kes pecah rumah telah pun berlaku di taman kita di dalam tempoh satu malam sahaja. Di dalam kedua-dua kes pecah rumah tersebut, didapati bahawa perompak-perompak menyasarkan rumah yang tidak mempunyai jeriji besi (House Grille). Pintu di dalam rumah hanya lah perlindungan sementara kerana ianya mudah dipecahkan oleh perompak (rujuk gambar di atas - pintu menggunakan double lock)

Kami menyeru supaya tuan-tuan rumah mempertingkatkan keselamatan anda dengan mengikuti beberapa langkah seperti yang tertera di bawah ini:

1. Memasang jeriji besi dan alarm rumah apabila mampu.
2. Memastikan pagar rumah sentiasa berkunci.
3. Memastikan semua pintu (luar dan dalam) serta tingkap ditutup dan dikunci dengan sempurna sebelum tidur.
4. Memasang lampu di pintu-pintu masuk terutamanya di bahagian belakang rumah.
5. Pastikan alarm kereta berada bersama anda. Bunyikan alarm kereta jika berlaku kecemasan. Sembunyikan alarm kereta supaya ianya tidak dapat dihentikan sekiranya perompak sudah berada di dalam rumah.
6. Simpan nombor AJK KRT di dalam telefon anda.
7. Kenali jiran-jiran anda dan sertailah rondaan RT.

Sifat sombong, ego dan malas harus diketepikan demi kesejahteraan bersama. Sifat-sifat mementingkan diri sendiri ini juga adalah punca mengapa masyarakat berpecah-belah sedangkan tiada agama yang menjuruskan diri pengikut mereka ke arah kerosakan.

Pihak kami hanya akan dapat membantu sekiranya masyarakat bekerjasama dengan RT di dalam menangani masalah jenayah di kawasan kita ini.

Hubungi AJK RT berdekatan untuk menyertai program rondaan sukarela.

1 komen:

Hamzah Abd Hamid said...

Satu peringatan yang bagus dan patut diambil perhatian oleh semua.

Post a Comment