Kumpulan Kompang Lavender Heights

Di dalam usaha kami untuk menyediakan lebih banyak aktiviti bermanafaat di Lavender Heights ini, kami telah menubuhkan sebuah kumpulan kompang yang terdiri dari remaja-remaja di kawasan kita ini.

Ditadbir oleh Saudara Azahiril Bin Harun selaku Ketua Biro Remaja di bawah naungan KRT Lavender Heights dan dibantu oleh Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 1 & 3, beliau telah berjaya mengumpul sejumlah remaja yang berusia antara 9 sehingga 19 tahun sebagai kumpulan pioneer.


Latihan pertama telah dilaksanakan pada penghujung bulan Mei 2009. Mereka dilatih oleh pakar kompang berpengalaman luas, saudara Mohamad Asri b Abdul Majid dari Kumpulan Kebudayaan NS pada setiap hari Sabtu bermula jam 3 petang. Latihan yang diadakan di perkarangan surau ini menjuruskan kepada aspek pengendalian alat dengan betul, pencernaan melodi mengikut nada, pergerakkan bersepadu secara berkumpulan dan pelontaran suara mengikut lagu.


KRT Lavender menanggung sepenuhnya segala kos penubuhan dan operasi kumpulan kompang ini tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada ahli-ahli. Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 1, Saudara Khairulaini Jamil yang turut mengikuti pembelajaran kompang tersebut, juga menyediakan air minuman kepada setiap peserta sewaktu latihan.


Selain dari mengwujudkan aktiviti bermanafaat, kami juga mengharapkan ianya akan menjadi satu pemangkin kepada anak-anak muda di dalam mewarisi kebudayaan tradisi agar ianya tidak lupus ditelan zaman. Kumpulan kompang sedang giat berlatih dan akan mengadakan persembahan ulung mereka pada Hari Keluarga Lavender Heights 2009 kelak.

Bagi remaja yang berminat untuk menjadi ahli kumpulan kompang ini, atau bagi sesiapa yang berminat untuk belajar bermain kompang, anda cuma perlu berhubung terus dengan Saudara Azahiril di 012 2886359. Kami amat mengharapkan agar ibubapa menggalakkan anak-anak mereka dan turut bersama untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini.

Kami juga sedang merancang beberapa aktiviti lain seperti menubuhkan kumpulan silat, hari motivasi pelajar, pertandingan paintball dan lain-lain lagi. Di waktu ini, KRT Lavender sedang berusaha gigih untuk membina sebuah gelanggang futsal dengan bantuan dari agensi-agensi berkenaan. Dengan diiringi doa anda sekali, impian ini boleh jadi kenyataan.

Kami berterima kasih atas keprihatinan, penglibatan dan sokongan anda semua.

Ahli-ahli kompang adalah seperti berikut:

1. Hazim Aiman b Roslan
2. Izzul Zafran b Zulkifli
3. Khairul Aizat b Khairul Aini
4. Naim Rushdan b Roslan
5. Mohd Fakhrul b Zunaidi
6. Luqman Hakim b Mazlan
7. Mohd Ikmal Hakim b M Amran
8. Mohd Firdaus b Mashroin
9. Mohd Faisal b Sutrino
10.Mohd Faiz b Zunaidi
11.Mohd Nasri b Halim
12.Nasrullah b Mohd Nasir
13.Mohd Hazim b Shahril










0 komen:

Post a Comment