Hari Keluarga Lavender Heights 2 Ogos 2009

Hari Keluarga Lavender Heights kembali lagi. Ianya dijadualkan pada 2 Ogos 2009, Ahad, bermula jam 7.00 pagi. Pelbagai acara sedang diaturkan untuk memastikan kemeriahan di hari tersebut. Yang pentingnya penduduk dapat mengenali antara satu-sama lain dan dapat merapatkan hubungan siratul-rahim sesama warga Lavender Heights.

8 pagi Walkathon keluarga
9 pagi Upacara perasmian, Anugerah jiran cemerlang, Jamuan pagi
10pagi Pertandingan mewarna kanak-kanak & Telematch Kejiranan
12.30ptg Penyampaian hadiah dan Cabutan Bertuah

Hari keluarga ini dicadangkan untuk diadakan di padang LH 24 memandangkan itu adalah kawasan lapang terbesar yang dapat menampung jumlah penduduk di sini. Jemputan-jemputan khas termasuklah dari MPS, JPNIN dan PDRM. Majlis dijangka dirasmikan oleh Pengerusi Hari Keluarga 2009, Haji Hamzah b Abd Hamid.

Kumpulan kompang juga dijangka untuk mengadakan persembahan ulung mereka sewaktu upacara perasmian. Kami juga sedang menyusun demonstrasi silat yang kami cadang untuk menubuh nya di Lavender Heights ini.

Bagi Anugerah Jiran Cemerlang, para AJK KRT Fasa 1 dan 3 akan memilih calon-calon dari penduduk di Lavender Heights sebagai penerima anugerah ini. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan seseorang itu terhadap masyarakat di Lavender Heights ini dalam semua bentuk. Ianya tidak terhad terhadap aktiviti-aktiviti KRT sahaja. Beliau akan dinilaikan secara teliti agar tiada perasaan tidak puas hati yang mungkin timbul kelak.

Pertandingan mewarna kanak-kanak disusun mengikut kategori umur. Kategori tersebut adalah bawah 6 tahun, bawah 9 tahun dan bawah 12 tahun. Kertas mewarna akan disediakan. Anak-anak diminta untuk membawa peralatan lukisan masing-masing. Cenderahati akan diberikan kepada setiap kanak-kanak yang terlibat. Johan sehingga tempat ketiga untuk setiap kategori akan mendapat hadiah.

Untuk mengisi tabung KRT dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti kompang, silat dll, gerai-gerai jualan juga disediakan untuk mereka yang berminat untuk menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan termasuk makanan/produk kesihatan/ barangan elektrik/perhiasan/kereta dll.

Tiada sewaan dikenakan untuk gerai-gerai tersebut. Namun begitu 20% dari hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung KRT. Jumlah gerai adalah terhad, maka daftar lah segera. Untuk makluman, Gerai minuman akan dikendalikan oleh KRT sendiri.

Untuk urusan jual-beli, kupon bernilai RM10 (RM1x8 + RM0.50x4) dijual di kaunter urus-setia pada hari tersebut. Ianya juga adalah tiket anda ke Cabutan Bertuah kerana setiap kupon RM10 mempunyai 1 nombor cabutan. Kami sedang berusaha untuk menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Sekiranya kami mempunyai peruntukkan yang mencukupi, sebuah TV LCD 32" akan menjadi hadiah utama.

Gerai-gerai permainan turut disediakan untuk jiran-jiran mencuba kehebatan masing-masing. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

Selain daripada itu, kami juga akan membuka sebuah khemah khas untuk penduduk-penduduk untuk menjual barang-barang terpakai. Konsep "Garage Sale" ini akan dikendalikan oleh AJK KRT sendiri. Tuan punya barangan akan meletakkan harga masing-masing ke atas barang-barang jualan mereka. Ianya akan dipamerkan di khemah tersebut. Seperti gerai jualan, 20% dari hasil jualan akan disalurkan ke tabung KRT.

T-shirt dan topi khas untuk penduduk Lavender Heights juga akan turut dipamerkan pada hari tersebut. T-shirt berkain Polo ini akan didatangkan siap dengan logo yang telah direka khas. Tempahan boleh dibuat di hari tersebut pada harga RM35. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli t-shirt dan topi ini lebih awal lagi, sila hubungi AJK untuk tempahan (sebelum 19 Julai). Warna asas t-shirt terdiri dari warna-warna standard seperti biru, merah, kuning, hijau, hitam, putih dll.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan di dalam apa jua bentuk, juga sebarang cadangan untuk menjayakan program ini bersama-sama. Cadangan-cadangan bernas akan kami laksanakan. Penglibatan anda amat kami hargai. Sila hubungi AJK kami yang berikut untuk maklumat/pertanyaan:

Ghazi Rashid - 012 3991723
Khairulaini Jamil – 0172915268

Datanglah beramai-ramai ke Hari Keluarga 2009 ini. Jumpa anda di sana.

0 komen:

Post a Comment