Jogathon Lavender Heights 2010

Setelah segala perancangan dilaksanakan, tibalah hari untuk penduduk-penduduk di Lavender Heights untuk bersama-sama menyertai Jogathon Lavender Heights 2010 yang julung kali diadakan.

Sejak 7.15 pagi, padang telah mula dipenuhi oleh para peserta untuk pendaftaran. Pihak kami telah menyediakan sarapan ringan beserta air teh, mineral dan milo untuk para peserta. Selain daripada itu, terdapat juga sumbangan-sumbangan makanan dari penduduk-penduduk yang bermurah hati untuk turut memeriahkan suasana.

Pelbagai hadiah telah disediakan termasuk beberapa hadiah misteri. Untuk setiap kategori terdapat 10 hadiah berupa hamper dan untuk tiga peserta teratas, mereka turut menerima pingat kenang-kenangan.

Pihak KRT Lavender Heights ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan acara ini. Diharapkan acara ini dapat dilaksanakan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan yang diluar jangkaan dari semua penduduk tidak kira warna kulit.

Berikut adalah aksi menarik yang berlaku ketika Jogathon 2010 diadakan.

Pendaftaran sibuk dari awal pagi

Ramai nyer pakcik-pakcik & makcik-makcik

Mampukah Aku?

Mendengat taklimat

Anak-anak energetik Lavender Heights
Retro Wanita Sporting

Retro Lelaki Sporting

Mongah... Alahai!

Ke-macho-an yang tak seberapa tapi tetap kena tunjuk...

Letih tapi gaya kena ada

Pasangan juara suami-isteri dalam kategori masing-masing.

Juara kategori kanak-kanak

Juara kategori Lelaki Dewasa

Tempat last takpa, yang penting semangat kak!


Kami sedang upload gambar-gambar. Diharapkan di dalam waktu yang terdekat kami dapat mempamerkan semua gambar-gambar tersebut. Sementara itu anda boleh mendapatkan gambar-gambar yang telah diupload di sini

4 komen:

al-lavendari said...

Pelbagai hadiah telah disediakan termasuk beberapa hadiah misteri. Untuk setiap kategori terdapat 10 hadiah berupa hamper dan untuk tiga peserta teratas, mereka turut menerima pengat kenang-kenangan.

--------------------------------------------

tahniah kepada seluruh ajk krtlh atas kejayaan menganjurkan aktiviti ini yang mendapat sambutan yang menggalakan.


nak tanya sikit, hadiah tu, pengat labu ke pengat pisang ?

KRT Lavender Heights said...

Sdr Al Lavendari,

Ejaan dah dibetulkan sebab memang salah admin. Kalau nak cerita pasal penggunaan "e" taling berbanding dengan "e" pepet, karang ramai lak tak faham :)

Lain kali tuan kena turun.

al-lavendari said...

saya faham maknanya. saja jer, gemar mengusik. jangan marah !

lepas habis projek saya, saya pasti turut serta (sebagai penonton).

Abi Al-Baihaqi said...

Pagi 25 Apr 2010 membuatkan saya betul2 terharu. Terharu dgn kesungguhan AJK & peserta dlm menjayakan Jogathon yg saya kira berjaya dari segi perancangan & perlaksanaannya. Teamwork memang FIRST CLASS!!! AJK menjalankan tugas masing2 dgn cukup professional & tidak berkira. Walaupun terdapat sedikit kelemahan di sana-sini Jogathon kali ini memang betul2 ho liau! Lu worang memang HEBAT... SYABAS...!!!

Post a Comment