Selamat Datang

Salam Perpaduan.

Terima kasih kerana mengunjungi laman ini dan terima kasih juga atas sokongan anda selama ini. Setelah beroperasi lebih dari dua tahun, kami mengorak langkah untuk membuka satu lagi saluran perhubungan antara penduduk. Kami sedar akan perlu nya keperluan ini dan kami sentiasa berusaha untuk memastikan kelancaran komunikasi antara penduduk dilaksanakan dengan jayanya.

Usaha dan pengorbanan para penduduk dalam merapatkan hubungan siratul rahim dan menjaga keselamatan kawasan ini amat kami hargai. Kami bersyukur kerana walaupun jenayah sifar masih belum dicapai, namun untuk satu jangka waktu yang agak panjang semenjak penubuhan RT, kes-kes jenayah dapat dikurangkan dengan drastik sekali berbanding dengan sebelumnya.

Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara, amatlah penting bagi kita untuk sentiasa berhubungan antara satu sama lain. AJK RTLH telah merencanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan khusus untuk merapatkan penduduk-penduduk di Lavender Heights. Antara aktiviti-aktiviti itu adalah:

1. Gotong-royong
2. Hari keluarga
3. Lawatan ke KRT lain
4. Perlawanan bola persahabatan
5. Treasure hunt
6. 4WD adventure
7. Seni silat
8. Kompang

Kami juga sedang meneliti aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian dengan penduduk di Lavender Heights dan turut memperhalusi beberapa inisiatif dan insentif untuk anak-anak kita agar mereka berjaya di dalam bidang akademik. Galakkan seperti ini harus kita terapkan di dalam diri masing-masing agar nilai murni ini berkekalan di dalam sanubari penduduk-penduduk di Lavender Heights.

Sebagai langkah awal, pihak RTLH sedang berusaha dengan beberapa pihak untuk memberi peluang anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan tahun ini untuk menyertai kem persediaan pelajar. Kami akan memaklumkan perkembangan ini dari masa ke semasa melalui laman web ini.

Kami juga memohon jasa baik ibubapa untuk menjaga perilaku anak masing-masing memandangkan kami telah menerima banyak aduan terutama mengenai remaja yang terlibat dengan aktiviti merempit, merokok, memandu tanpa lesen, berdua-duaan di kawasan tertentu dan sebagainya. Ada antara mereka yang masih bersekolah rendah. Pendidikan awal akan memberikan lebih manafaat kepada mereka. Bagi ibubapa prihatin, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Kami juga ada menerima aduan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh jiran-jiran yang di luar batasan kejiranan sehingga mengganggu jiran-jiran yang sedang berehat di waktu malam. Kami memohon jasa baik tuan rumah untuk tidak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di dalam kawasan perumahan. Sekiranya hal ini masih berlaku, maka kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kejiranan ini kekal harmoni. Kami juga ingin mengingatkan penduduk bahawa aktiviti pembinaan/pengubahsuaian rumah tidak dibenarkan pada hari cuti umum dan selepas jam 6.30ptg. Ini juga boleh mengganggu jiran-jiran yang hendak berehat ketika itu. Kami memohon keprihatinan para penduduk dalam hal ini.

Di samping itu kami galakkan anda menyertai rondaan sukarela yang diadakan setiap hujung minggu supaya anda dapat mengenali jiran-jiran anda dengan lebih rapat lagi. Kami sedar ramai yang tidak mempunyai masa untuk diluangkan untuk tujuan ini, namun jiran-jiran andalah yang akan membantu di waktu kesukaran. Kehadiran anda walaupun sekali dalam sebulan akan memberi nilai yang besar, bukan hanya pada anda, tapi juga keluarga anda. Anda adalah contoh kepada generasi akan datang dan mereka akan belajar dari apa yang mereka saksikan, sama ada baik maupun tidak.

Untuk mereka yang berminat, anda boleh menyertai rondaan ini seperti maklumat di bawah:

1. Fasa 1 - berkumpul di Guard House
2. Fasa 3 - berkumpul di Balai RT di 1136 LH 24
3. Jam 1 pagi setiap Sabtu & Ahad

Sekiranya anda mempunyai apa-apa cadangan atau pandangan, kami alu-alukan perkara ini dipertengahkan samada melalui laman blog ini atau pun menghubungi terus pengerusi RT di kawasan anda.

1. Fasa 1 - Cikgu Khairul (017 2915268)
2. Fasa 3 - Tuan Hamzah Hamid (012 9163034)

Kerjasama yang anda telah hulurkan selama ini kami hargai dan semoga sokongan anda berkekalan sentiasa.
Terima Kasih sekali lagi dan Salam Perpaduan dari semua AJK RTLH.



8 komen:

Anonymous said...

Salam.

Sdr Zul. Tahniah dan syabas atas kelahiran laman ini. Dalan update akan datang, harap war-warkan dan jemput penduduk menyertai lawatan ke KRT Taman Wahyu. Pengangkutan disediakan secara percuma. By the way, bas dan confirmkan?

Anonymous said...

TAHNIAH! INFO CEPAT CEPAT DITERIMA MELALUI BLOG INI.

Anonymous said...

Cadangan saya:
i. Ambil kesempatan untuk mwndaftarkan semua penduduk dan cetak semua maklumat tersebut dan diedarkan kepada semua.
2. AJK membahagikan taman ini kepada beberapa blok kecil supaya warga taman dapat mengenali lebih rapat lagi antara satu sama lain.
3. AJK mempunyai sikap mesra jiran. Tidak mengabaikan setiap jemputan majlis perkahwinan ahli-ahli taman tanpa mengira sama ada rapat atau tidak dengan AJK. Tidak memilih orang-orang tertentu sahaja yeng AJK perlu hadir. Sepatutnya AJK dapat merapatkan lagi hubungan dengan cara ziarah rakan-rakan yang lain.
3. AJK dapat muhasabah diri mengapa, dahulu ramai yang hadir dalam aktiviti gotong royong tetapi semakin lama semakin kurang sekarang. Tentu ada sebabnya, mungkin ada dikalangan AJK yang tidak mengamalkan sikap mesra jiran dan mesra ahli.

Anonymous said...

AJK RT yang dihormati:
1. Dicadangkan dapat mengadakan majlis yasin rumah ke rumah secara sukarela bagi merapatkan lagi siratulrahim. Jamuan tak penting, ala kadar pun cukup, teh o dan kueh satu keping pun dah kira ok. Fikirkan.
2. Maklumat semua warga taman dapat dibukukan. Termasuk bisnes yang dijalankan oleh ahli taman. Kemungkinan kita tidak perlu mencari orang luar untuk mendapatkan perkhidmatan, jiran kita se taman pun boleh membantu.
3. Buletin bulanan perlu ada disebarkan oleh semua warga taman. Blogspot boleh diteruskan, tetapi hardcopy juga menjadi kegemaran semua. Catatkan maklumat-maklumat seperti aktiviti dirancang, aktiviti sedang dijalankan, aktiviti yang terpaksa diberhentikan, so on.
3. Ruang kebajikan juga boleh diwujudkan. Catatkan, nama-nama ahli yang uzur, sakit, wad mana, hospital mana. Ruang majlis-majlis/kenduri perkahwinan, majlis-majlis ilmu, cadangan perjumpaan dan sebagainya.
4. Ruang personaliti jiran kita bulan ini. Boleh masuk foto, bisnes, sedikit maklumat yang bukan bersifat peribadi. Sediakan pelan lengkap taman, setiap maklumat rumah dicatatkan.
5. Komunikasi amat penting dalam apa sahaja perkara terutama bidang bisnes. Buat permulaan, cetak satu borang maklumat, edarkan. Pulangkan semula - cara bantuan dari security, untuk pengumpulan. Flyers memang mustahak, flyers boleh mendekatkan yang jauh. Fikirkan.
6. Bagi mengerakkan rondaan RT, maklumat kelapangan masa dari semua warga taman diperlukan. Masing-masing sibuk, walau bagaimana pun keselamatan adalah tanggung jawab bersama. Ambil persetujuan, kepada yang tidak mampu bersama menjalankan rondaan, berilah sedikit sumbangan/sagu hati ikhlas kepada yang meronda. Tidaklah terjadinya, orang lain penat-penat meronda, anda lena di persada bilik tidur. Komitmen dari semua warga taman amat diperlukan.
7. AJK seharusnya selalu turun padang, setidak-tidaknya semua warga mengenali tuan-tuan semua. Sekiranya ada foto, ada alamat rumah dan ada nombor telefon, alangkah mudah nya kami rakyat Lavender Heights dapat berinterkasi dengan tuan-tuan di atas.
8. Hantar surat/borang cadangan aktiviti yang mahu dijalankan. Mungkin aktviti yang telah dicadangkan kurang menarik pada warga taman, mungkin ada aktiviti yang lain yang lebih manarik yang sekian lama terpendam, malu untuk berbicara, atau tak tahu kemana hendak disalurkan.
9. AJK RT perlu tegas, sesiapa warga taman yang tidak mahu menyertai RT,mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh RT, bagilah mereka peluang untuk hidup bersendirian. Nama-nama yang tidak tercatit dalam buku maklumat warga taman ini, dengan sendirinya, sememangnya mereka akan bersendirian selama mana tinggal di Lavender Heights ini.
10. Hantar borang sekali lagi, anjurkan perjumpaan secara besar-besaran di tempat yang sesuai (Dewan-dewan), di sini pendaftaran besar-besaran sekali akan di buat, mohon sedikit sumbangan dari semua warga taman untuk meganjurkan pertemuan besar-besaran ini. Cuba draf borang, lihat ada tak sambutan. Semasa pertemuan, bawa semua famili, aturkan perkenalan mengikut nombor rumah, amat meriah, insyaallah.
Bergeraklah sekarang. Libatkan sekali AJK Surau, AJk persatuan penduduk. Wujudkan semua satu persatuan penduduk yang baru, rebranding persatuan penduduk Lavender Heights. selamat berjaya semua. Kami sedia membantu tuan-tuan.

Anonymous said...

Saya telah beberapa kali ke Lavender Height untuk mencari rumah sewa.Banyak juga rumah kosong tetapi tiada signboard dinaikkan.Saya dari KL dan akan berpindah Mei nanti.Sekiranya saudara ada mengenali sesiapa yang ingin menyewakan rumahnya,harap adapat hubungi saya di syazehan@gmail.com atau boleh hubungi terus telefon bimbit saya di 012-3767909.Tq

JITTSB said...

Awas lori2 ambik tanah kek lavender heights...bawak macam hantu...jalan rosak habih...banyak kali nak langgar orang...soo hati2 yo kek kawasan tu..kito bagitahu kek supervisor eh dio buek tak tau jo...........so hati2 yo kekawan.......

Anonymous said...

Salam...Saya berminat ingin menyewa atau membeli rumah di Lavender Height. Dengan sapa patut saya berurusan, disini saya sertakan no HP 019 2197842

Anonymous said...

Salam, saya berminat untuk menyewa rumah di lavender height. Jika ada kekosongan sila hubungi 019 657 2712. Terima kasih

Post a Comment